Sunday, September 26, 2010

Raya 2010

Salam;
Dalam diam rupanya dah 17 syawal hari ini. waah masih lagi terasa bahang hari raya dengan jemputan open house yang penuh terutamanya di hujung minggu. hehehe..hujung minggu mmg cuti la dapur di rumah.
hmm... dalam diam juga dah sebulan takde progress.. fuuh! tak boleh jadi ni.. kena pulun balik. ni la yg payah nya bila mana dah stop keja, nak panaskan enjin tuk dapatkan momentum yg hebat tu la yg susah. aduuh..tp kena usaha jugak sbb minggu nie dah minggu ke-10..huhu..ada 4 minggu lagi abis dah semester ni.
Raya tahun ini mmg agak sunyi sedikit kerana tahun ni adalah tahun pertama ibu mentua mengadap illahi dan tahun kedua ayahku telah pergi. Memang terasa sedih kerana telah kehilangan orang yang disayangi. Apapun..hidup harus diteruskan dan doa anak-anak soleh sentiasa mngiringi kalian.
Agenda utama pada hari raya pertama sememangnya mengziarah kubur kedua ibu bapa. Tengah concentrate membaca yassin, hujan lebat pulak turun mencurah-curah..tak sangka mandi raya sekali lagi di kubur.
Hari raya kedua kami sekeluarga brangkat balik ke kampung rajang menggunakan jalan darat. Setelah hampir 8 tahun tak balik kampung, perjalanan balik terasa lambat sekali. ada aja halangan. Seawal 3 pagi, aku dan suami bergegas membawa afiq ke colombia hospital kerana dia cirit birit semalaman..agaknya akibat byk minum air karbonat, kuihmuih dan kari2.. huhu..bukan afiq sorang yg kena, mama dia pun teruk diarrhea. setelah mendapatkan ubat, kami bersiap-siap dengan cepat dan bertolak balik kampung pada pukul 5.30 pagi sejurus habis solat subuh.
Perjalanan balik agak mencabar, kerana keadaan jalanraya yg agak berlubang dan masih dalam pembinaan.. perjlanan ini perlu melalui 3 feri. feri pertama berjaya dilepasi..malangnya feri kedua bermasalah kerana terlanggar tebing. 4 jam berpanas, akhirnya air pasang dan feri yg terlekat berjaya belayar. syukur alhamdulillah... perjalanan seterusnya lancar dan kami tiba di kampung pada pukul 5.30ptg..woww..12 jam perjalanan yg sangat memenatkan tp kepenatan itu hilang bila berjumpa dengan saudara mara yg lama tidak berjumpa. menziarahi sanak saudara suami di rajang dan belawai memang menyeronokkan.. yer la suasana kampung yg betul2 kampung. Pada hari raya ketiga kami bertolak balik ke bintulu, dan perjalanan hanya mngambil masa 10 jam jer... alhamdulillah... raya ke-5 balik ke miri mnziarahi sanak saudara sy pulak... tp cam biasa la..bila ke miri, mesti sibuk nak ke shopping complex. aiyaa...

Friday, June 25, 2010

8 CARA RANGSANG OTAK KANAN ANAK-ANAK | SeMekaR KaSih



Semenjak bergelar ibu, kita memang berharap untuk mendapatkan anak idaman. mempunyai harapan yang tinggi terhadap anak agar menjadi insan yang soleh yang hebat suatu hari nanti. Maka, dengan itu pelbagai usaha perlulah dilakukan dikala anak-anak masih lagi bayi. Sedar tak sedar, rupanya anak kita termasuklah diri sendiri banyak menggunakan otak kiri... Marilah kita belajar, bagaimana untuk meransang otak kanan pula agar penggunaan otak kita seimbang.

------------------

Otak manusia merupakan tempat yang paling hebat untuk menyimpan maklumat. Oleh kerana itu, penerimaan atau pengetahuan awal bagi seseorang kanak-kanak selalunya menjadi perkara yang paling diingati dan sukar dikikis. Ahli psikologi neurologi kebanyakkan dapat membuktikan yang otak kanan berfungsi kepada pemikiran holistik, ilham dan juga proses memahami ruang. Ini bermakna otak kanan mengawal perkara-perkara yang berkaitan dengan emosi dan kesenian.



Otak kanan sebenarnya lebih efektif dari otak kiri kerana kebanyakkan dirangsangkan oleh penemuan semulajadi. Namun begitu bahagian otak kanan turut perlu di latih dan kerap di rangsang supaya ia dapat membentuk sikap yang positif dalam diri anak-anak. Berikut adalah panduan bagaimana untuk merangsangkan bahagian otak kanan anak-anak anda.


KATA-KATA POSITIF DAN SENTUHAN
Ketika anak-anak sedang tidur dalam keadaan 'Tidur-tidur ayam', bisikkanlah kepada mereka kata2 yang positif seperti anak soleh, rajin pergi sekolah, anak baik, jangan menangis selalu atau anak bijak. Waktu ini merupakan masa yang paling sesuai kerana pada waktu inilah otak kanan aktif memainkan peranannya sementara otak kiri pula sedang tidur. Pada waktu beginilah mimpi2 akan mula muncul kerana tindakbalas otak kanan. Peganglah tangan anak bila menutur kata. Dalam Islam sendiri menggalakkan kita menasihati anak pada waktu ini kerana pada waktu ini doa dimakbulkan. Penerangan tentang waktu sesuai menasihati anak boleh diperolehi di sini.


KAD IMBASAN
Pengguna kad imbasan turut membantu dalam pengembangan otak kanan anak-anak. Ketika mengajarnya, tunjukkan kad itu satu persatu dengan cepat. Ini kerana apabila kad imbasan ditunjuk dengan laju, otak kanan akan bekerja keras untuk menangkap apa yang ditunjukkan. Sebagai contoh, gunakan kad imbasan dalam memperkenalkan A B C kepada anak-anak. Insyaallah.. dalam masa seminggu, pasti anak-anak anda telah mula mengenali huruf-huruf tersebut.


KRAFTANGAN
Ajaklah anak anda untuk melakukan aktiviti seperti melukis, membentuk menggunakan tanah liat, membentuk origami, mengunting kertas dan sebagainya. Aktiviti seperti ini dapat meluaskan penerokaannya terhadap alam sekeliling disamping menguatkan pengunaan psikomotornya. Aktiviti-aktiviti seperti ini menggalakkan otak kanan untuk bekerja dengan lebih sekali gus merangsang kemahiran kognitifnya.


MELUKIS
Mungkin anak anda masih kecil untuk di ajar melukis. Di sinilah batuan kita sebagai ibubapa diperlukan dalam melatih mereka. Caranya, anda hanya perlu melukis objek-objek yang mudah sebahagian sahaja dan meminta anak-anak untuk menyambung sebahagian yang lain. Melukis mengikut garisan-garisan yang telah ada juga boleh membantu anak dalam melakukan aktiviti melukis. Jangan mendesak anak untuk segera menyiapkan lukisannya. Masa yang di ambil untuk menyiapkan lukisan itulah yang diperlukan dalam merangsang otak kanannya.


EMOSI
Apabila anak sudah pandai berinteraksi, layanlah mereka sebaik mungkin. Hargailah apa yang mereka tuturkan. Jadilah seorang pendengar yang setia. Kegagalan kita dalam berbuat demikian akan menyebabkan fungsi otak kanan anak menurun.


TEKA-TEKI
Bermain teka teki bersama anak-anak. Utarakan satu teka teki yang mudah kepadanya. Sebagai contoh, permainan mengeletek anak yang di panggil 'POM, POM DEDAK' boleh dijadikan teka teki melalui rima yang di bina. Minta anak meneka bahagian mana yang ingin digeletek berdasarkan rima yang diberi.


IMAGINASI
Kembangkan imaginasi anak dengan versi bercerita. Pilih cerita yang bergambar, bahasa yang mudah dan ringkas. Anda boleh mula untuk membaca cerita dengan intonasi dan gaya dan meminta anak-anak menyambungnya. Pasti tingkahlaku anda akan di tiru dalam sesi pembacaannya.


ELAKKAN GUNA 'JANGAN'
Tingkahlaku anak-anak kadangkala memang memeningkan kepala. Dalam melarang anak melakukan sesuatu, elakkan menggunakan perkataan 'Jangan'. Tukarkan kepada perkataan seperti 'Tolong' atau terangkan terus kenapa anak-anak tidak boleh bersikap demikian. Selalunya, pelarangan keras menggunakan perkataan 'jangan' akan menyebabkan anak-anak mempunyai lebih keinginan untuk mengetahui akibatnya.


Sumber: 8 CARA RANGSANG OTAK KANAN ANAK-ANAK | SeMekaR KaSih

Sunday, June 20, 2010

The seven secrets of highly successful PhD students*

Researchers who know and make use of these seven secrets get through their doctorate more quickly, and just as importantly are happier, according to the Staff Development and Training Unit, Flinders University, Australia.

1. Care and maintenance of your supervisors
* Meet regularly with your supervisors (even if they think it is not that necessary)
* Discuss and negotiate your progress regularly
* Understand your different styles. If your supervisor keeps wanting you to follow up new leads and you are happy to, and you are five years into your study, it is time to get some outside perspective and guidance
* If it is not working out, do something about it. Don't just think it will get better or that you can do it on your own

2. Write and show as you go: This is show and tell, not hide and seek
* Always write and show as you go. If you are reading and not writing, after about 3 or 4 weeks you will forget what you have read
* Writing and showing your work forces you to stay on track and refine your thinking
* Writing is helpful because at the end you can't hand in your head full of lots of good ideas
* Set deadlines for your writing and handing in. People generally don't write because of issues of perfectionism, so avoid this with deadlines
* Generally it is a good idea to write journal articles (on your exact thesis topic), as you go
* Practice writing with your peers, this can be very effective

3. Be realistic: It's not a Nobel Prize
* When you are doing PhD you are learning how to do a PhD, you are not expected to know this in advance
* Original work does not mean a cure for cancer. In reality it means one small step in advancing existing knowledge
* Do not go off on tangents in the hope of answering 'The question', stay focused
* You have a cast iron guarantee right now that your thesis will not, cannot and probably should not, be perfect
* Separate yourself from your PhD. It's a bunch of thoughts on a piece of paper, it's not you. Put it in perspective

4. Say no to distractions: Even the fun ones and the ones you think you must do
* Set priorities and be realistic about what you can do
* Do the important rather than the immediately urgent
* Cleaning scum build-up from the shower may be more fun than your PhD, but it won't get the thesis done. Resist this and other urges, and keep writing!
* The golden rule to avoid over-commitment is don't let anything eat into your set study times, or as you would with a job, make the time up if interruption is unavoidable

5. It's a job: That means working nine to five but you get holidays
* You may not work from nine to five, but you definitely need fixed hours. Otherwise how should you know when you should be working?
* Set up a proper workplace. A bus station, university corridor or the lounge room with a TV on are not proper work areas
* Like a job, if you take time off, make it up somewhere else. You wouldn't just not show up to work for three days with no consequences
* Set deadlines and targets. There are very few jobs where the boss says "I'll see you in three years time with that report"
* When you stick to your work times, you get guilt-free time off in the evenings and holidays (like a job). Don't try to squeeze more out of yourself. You'll just kill the goose that lays the golden eggs

6. Get help: You are not an owner-operator single person business
* This means you are allowed to get help. Not only are you allowed, but you will greatly reduce time and effort if you do
* Get help from statistics consultants, editors, methodologists, academics, peers, your supervisors...
* Use any and all formal assistance in the university/institution including tutors and graduate schools, skills development and faculty staff

7. You can do it: A PhD is about intelligence and persistence
* You would not have got this far if you did not have the intelligence to do it. If you feel like impostor, be reassured that most people doing a PhD feel that way
* Persistence is at least as important ingredient; this comes from habits like meeting regularly with your supervisors, treating PhD like a job etc.
* So in fact the final habit of a highly effective PhD researcher is to know and believe that you can do it, and when the going gets tough, keep going!

source: http://www.pgoracle.uea.ac.uk/node/155

1st time...

1st posting selepas mendapatkan blog sendiri... setelah sekian lamanya, akhirnya dapat jugak blog sendiri. Bukannya susah pun nak register blog, tetapi entah apa la yang disibukkan sehingga takde masa? agaknya disebabkan bukan priority dlm tugasan harianku...
Pelbagai pengalaman dan ilmu ingat aku kongsikan di dalam blog ini, harapan agar ia dapat dikongsikan bersama dengan rakan-rakan yang sudi melayari blog ini.... dan sekiranya ada kesilapan atau apa-apa saja yang ingin rakan-rakan kongsikan bersama... amatlah dialu-alukan...